Zikir Pagi Petang

Muat turun e-book zikir pagi petang & sesudah solat (PDF) untuk sebaran: Zikir Selepas Solat dan Pagi Petang

bismillahirrahmanirrahim

Perintah berzikir di waktu pagi dan petang. Firman Allah ‘Azza wa Jalla,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah Allah dengan zikir yang se­banyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.” (Al-Ahzab: 41-42)

ZIKIR YANG DIBACA PADA WAKTU PAGI DAN PETANG

No. Lafaz Zikir Yang Dibaca Dalil/ Hadis dan fadilatnya
1 بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ[3]ـ عن عثمان بن عفان يقول، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم ثلاث مرات لم يضره شيء [رواه الترمذي (حديث رقم 3388) واللفظ له، وقال هذا حديث حسن صحيح غريب، وأبو داود (5088)، وابن ماجه (3869) وغيرهم، وصححه الألباني]ـ
Dengan nama Allah yang bila namaNya disebut, tidak akan memudaratkan segala sesuatu yang di bumi dan di langit, Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Dibaca 3 kali). Dari Utsman bin Affan, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Orang yang membaca -zikir ini- setiap pagi dan petang sebanyak tiga kali, tidak akan ada sesuatu yang membahayakannya” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan lainnya, di-sahih-kan oleh Albani)
2 اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ، لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ، مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ، وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ، وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا، وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (1)ـ عن أبي بن كعب، قال للجن: فما ينجينا منكم ؟ قال : هذه الآية التي في سورة البقرة {الله لا إله إلا هو الحي القيوم} من قالها حين يمسي أجير منا حتى يصبح ومن قالها حين يصبح أجير منا حتى يمسي فلما أصبح أتى رسول الله صلى الله عليه و سلم فذكر له ذلك فقال: صدق الخبيث. [رواه الطبراني واللفظ له وقال الألباني (الترغيب والترهيب 1/299, حديث رقم: 953): بإسناد جيد، والحاكم (المستدرك، حديث رقم 2064) وقال: هذا حديث صحيح الإسناد و لم يخرجاه، وابن حبان (صحيح ابن حبان, حديث رقم 784) وغيرهم]ـ
Allah, tidak ada Tuhan kecuali Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus. Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisiNya tanpa izinNya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. KursiNya meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha besar. Ubay bin Ka’ab berkata kepada Jin: “Apa yang bisa menyelamatkan kami dari (gangguan) kalian?”. Jin menjawab: “Ayat ini dari Surah Al-Baqarah -dibacakan ayat Kursi-… Barangsiapa membacanya di waktu petang, maka dia akan dijaga dari (gangguan) kami hingga pagi, dan barangsiapa membacanya di waktu pagi, maka dia akan dijaga dari (gangguan) kami hingga petang”. Lalu paginya Ubay menemui Rosulullah sallallahu alaihi wasallam untuk menyampaikan hal itu, dan Baginda menjawab: “Si buruk itu berkata benar”. (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban, Thabarani dan lainnya, Albani mengatakan: Sanad Tabarani Jayyid).
3 سُوْرَةُ الإِخْلاَصِ (3) سورة الْفَلَقِ (3) سورة النَّاسِ (3)ـ عن عبد الله بن خبيب قال خرجنا في ليلة مطر وظلمة شديدة نطلب رسول الله صلى الله عليه وسلم ليصلي لنا فأدركناه فقال أصليتم فلم أقل شيئا فقال قل فلم أقل شيئا ثم قال قل فلم أقل شيئا ثم قال قل فقلت يا رسول الله ما أقول قال قل قل هو الله أحد والمعوذتين حين تمسي وحين تصبح ثلاث مرات تكفيك من كل شيء [رواه أبو داود (5082) واللفظ له, والترمذي (3575) وقال هذا حديث حسن صحيح غريب من هذا الوجه, وصححه الألباني]ـ
Surah Al-Ikhlas (3x), Surah Al-Falaq (3x) dan Surah An-Nas (3x). Rasulullah mengatakan kepada Abdullah bin Khubaib: “Bacalah Surat Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas, di waktu pagi dan petang sebanyak 3 kali. Itu cukup bagimu untuk mencegah semua marabahaya” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi, di-sahih-kan oleh Albani)
4 حَسْبِيَ الله ُلاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ، عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ، وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ (7)ـ عن أبي الدرداء، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من قال في كل يوم حين يصبح وحين يمسي : حسبي الله لا إله إلا هو، عليه توكلت، وهو رب العرش العظيم، سبع مرات، كفاه الله عز وجل همه من أمر الدنيا والآخرة [رواه ابن السني (ص 37, رقم حديث 71) وقال محققه بشير محمد عيون: إسناده صحيح, وقال شعيب وعبد القادر الأرناؤوط في تحقيقهما على زاد المعاد (2/376) سنده صحيح]ـ
Cukuplah bagiku Allah, tiada sembahan kecuali Dia, hanya kepadaNya aku bertawaKkal, Dialah Tuhan Arsy yang sangat agung. (7x) Dari Abud Darda’, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa setiap pagi dan petang membaca: -zikir ini- sebanyak 7 kali, Allah akan menghilangkan kegelisahannya dari urusan dunia dan akhiratnya” (Riwayat Ibnus Sunni, di-sahih-kan oleh Syuaib Al-Arna’uth, Abdul Qadir Al-Arna’uth dan Basyir Muhammad ‘Uyun)
5 اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ (1)ـ عن شداد بن أوس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم سيد الاستغفار أن تقول اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت أعوذ بك من شر ما صنعت أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت قال ومن قالها من النهار موقنا بها فمات من يومه قبل أن يمسي فهو من أهل الجنة ومن قالها من الليل وهو موقن بها فمات قبل أن يصبح فهو من أهل الجنة [رواه البخاري (6306)]ـ
Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada tuhan kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan aku akan setia atas perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui semua dosaku, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa kecuali Engkau. Dari Syaddad bin Aus, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa membaca -zikir ini- di waktu pagi -dengan menghayatinya-, lalu dia mati sebelum waktu petang, maka dia termasuk ahli syurga. Barangsiapa membacanya di waktu petang -dengan menghayatinya- lalu dia meninggal sebelum pagi, maka dia termasuk ahli syurga”. (Riwayat Bukhari)
6 اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ (3)ـ عن عبد الرحمن بن أبي بكرة أنه قال لأبيه يا أبت إني أسمعك تدعو كل غداة اللهم عافني في بدني اللهم عافني في سمعي اللهم عافني في بصري لا إله إلا أنت تعيدها ثلاثا حين تصبح وثلاثا حين تمسي وتقول اللهم إني أعوذ بك من الكفر والفقر اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر لا إله إلا أنت تعيدها حين تصبح ثلاثا وثلاثا حين تمسي قال نعم يا بني إني سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يدعو بهن فأحب أن أستن بسنته [رواه أحمد (19917) واللفظ له, وقال محققه إسناده حسن في المتابعات والشواهد, وأبوداود (5090), وحسن إسناده الألباني (صحيح الأدب المفرد ص 260)]ـ
Ya Allah, selamatkanlah aku pada tubuhku. Ya Allah, selamatkanlah aku pada pendengaranku, Ya Allah, selamatkanlah aku pada penglihatanku, tiada tuhan kecuali Engkau. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari kekufuran dan kefakiran, Ya Allah, aku berlindung denganmu dari azab kubur, tiada tuhan kecuali Engkau. (3x) Dari Abdurrahman bin Abi Bakrah bahawa dia berkata kepada bapanya: “Wahai ayah, aku mendengarmu berdoa di setiap pagi dengan: -zikir ini-, ayah selalu mengulanginya tiga kali ketika pagi dan petang.” Abu Bakrah menjawab, “Benar, wahai anakku, sebab aku mendengarnya dari Nabi sallallahu alaihi wasallam, Baginda selalu berdoa dengannya (kalimat tersebut) dan aku suka mengikuti sunnah Baginda.” (Riwayat Ahmad, di-hasan-kan oleh Albani, dan Muhaqqiq kitab Musnad Ahmad)
7 لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (10)ـ عن أبي أيوب الأنصاري عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال من قال حين يصبح لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات كتب الله له بكل واحدة قالها عشر حسنات وحط الله عنه بها عشر سيئات ورفعه الله بها عشر درجات وكن له كعشر رقاب وكن له مسلحة من أول النهار إلى آخره ولم يعمل يومئذ عملا يقهرهن فإن قال حين يمسي فمثل ذلك [رواه أحمد (23056) والطبراني (المعجم الكبير, حديث رقم 3882) وغيرهما, وصححه الألباني (الصحيحة 6/134, حديث رقم 2563)]ـ
Tiada sembahan kecuali Allah semata, tiada sekutu bagiNya, semua kerajaan dan segala puji hanyalah milikNya, Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu. (10x) Dari Abu Ayyub Al-Anshari, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa ketika pagi membaca -zikir ini- 10 kali, maka Allah mencatat 100 kebaikan baginya, menghapus 100 keburukan darinya, menaikkannya 100 darjat, zikir ini sebanding dengan memerdekakan 10 hamba, zikir ini bisa menjadi pelindung baginya dari pagi hingga petang, dan pada hari itu tidak akan ada pekerjaan yang memupuskannya. Apabila dia membacanya ketika petang, maka baginya keutamaan yang sama seperti itu. (Riwayat Ahmad dan Thabarani, di-sahih-kan oleh Albani)
8 لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (1)ـ عن أبي عياش، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال من قال إذا أصبح لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير كان له عدل رقبة من ولد إسمعيل وكتب له عشر حسنات وحط عنه عشر سيئات ورفع له عشر درجات وكان في حرز من الشيطان حتى يمسي وإن قالها إذا أمسى كان له مثل ذلك حتى يصبح [رواه أحمد (16147), وأبو داود (5077) واللفظ له, وابن ماجه (3867) وصححه الألباني]ـ
Tiada sembahan melainkan Allah semata, tiada sekutu bagiNya, semua kerajaan dan segala puji hanya milikNya, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu. Dari Abu Ayyasy, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa ketika pagi membaca -zikir ini-, maka pahalanya seperti memerdekakan seorang hamba dari keturunan Nabi Isma’il, dicatat 10 kebaikan baginya, dihapus 10 keburukan darinya, dinaikkan 10 darjat, dzikir ini bisa menjadi penjaganya dari syaitan hingga petang… Apabila dia membacanya ketika petang, baginya keutamaan yang sama seperti itu hingga pagi. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, dan Ibnu Majah, di-sahih-kan oleh Albani)
9 اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ العَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي (1)ـ عن ابن عمر يقول لم يكن رسول الله صلى الله عليه وسلم يدع هؤلاء الدعوات حين يمسي وحين يصبح اللهم إني أسألك العفو والعافية في الدنيا والآخرة اللهم إني أسألك العفو والعافية في ديني ودنياي وأهلي ومالي اللهم استر عوراتي وآمن روعاتي اللهم احفظني من بين يدي ومن خلفي وعن يميني وعن شمالي ومن فوقي وأعوذ بعظمتك أن أغتال من تحتي [رواه أبو داود (5074)، وابن ماجه (3871), وصححه الألباني في صحيح الكلم الطيب 23]ـ
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon padaMu ampunan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon padaMu ampunan dan keselamatan dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Alloh, tutupilah auratku (aibku) dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku; dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku. Ibnu Umar mengatakan: “Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ketika pagi dan petang tidak pernah meninggalkan doa-doa ini” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah, di-sahih-kan oleh Albani)
10 اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي، وَشَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ، وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءًا، أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ (1)ـ عن أبي بكر قال: يا رسول الله علمني شيئا أقوله إذا أصبحت و إذا أمسيت قال: قل: اللهم عالم الغيب والشهادة فاطر السموات والأرض رب كل شيء و مليكه أشهد أن لا إله إلا أنت أعوذ بك من شر نفسي و شر الشيطان و شركه وفي رواية: وأن أقترف على نفسي سوءاً أو أجره إلى مسلم قله إذا أصبحت و إذا أمسيت و إذا أخذت مضجعك [رواه أبو داود (5067)، والترمذي (3392، 3529) وغيرهما, وصححه الألباني في صحيح الكلم الطيب 21]ـ
Ya Allah, yang maha mengetahui hal ghaib dan nyata. Wahai Pencipta langit dan bumi, Tuhan dan Raja dari segala sesuatu. Aku bersaksi tiada sembahan kecuali Engkau, Aku berlindung denganmu dari keburukan diriku, syaitan dan para sekutunya, agar tidak mendatangkan keburukan kepada diriku sendiri atau kepada muslim lainnya. Dari Abu Bakar dia berkata: Ya Rasulullah, ajarkan aku sesuatu yang aku bisa bacakan ketika pagi dan petang. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Bacalah -doa ini- ketika pagi, petang, dan sebelum tidur”. (Abu Daud, Tirmizi dan lainnya, di-sahih-kan oleh Albani)
11 ياَ حَيُّ يَا قَـيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ (1)ـ أنس بن مالك يقول : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم لفاطمة : ما يمنعك أن تسمعي ما أوصيك به أن تقولي إذا أصبحت و إذا أمسيت ياحي يا قيوم برحمتك أستغيث أصلح لي شأني كله و لا تكلني إلى نفسي طرفة عين [أخرجه الحاكم (1/739, حديث رقم 2054), وقال صحيح على شرطهما, والنسائي في الكبرى (9/212, حديث رقم 10330) وصححه الألباني في (الترغيب والترهيب 1/299, حديث رقم 952)]ـ
Wahai Yang maha hidup, Yang terus-menerus mengurusi makhluknya, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan, perbaikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau biarkan aku pada diriku walau sekelip mata. Anas bin Malik berkata, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda kepada Fatimah: “Apa yang menghalangimu untuk membaca apa yang aku wasiatkan engkau membacanya ketika pagi dan petang -lalu Baginda membaca hadis ini-?!”. (Al-Hakim, dan Nasai dalam Sunan Kubra, di-sahih-kan oleh Albani)
12 سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ (100)ـ عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من قال حين يصبح وحين يمسي سبحان الله وبحمده مائة مرة لم يأت أحد يوم القيامة بأفضل مما جاء به إلا أحد قال مثل ما قال أو زاد عليه [رواه مسلم (2692)]ـ
Maha suci Allah, dengan segala puji bagiNya. (100 kali) Dari Abu Hurairah, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa ketika pagi dan petang membaca -zikir ini- 100 kali, maka pada hari kiamat nanti tiada orang yang amalannya lebih utama darinya, kecuali orang yang membaca semisalnya atau melebihinya. (Riwayat Muslim)
13 لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ(100)ـ عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده, أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من قال في يوم مائتي مرة [مائة إذا أصبح، ومائة إذا أمسى] لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير، لم يسبقه أحد كان قبله ولا يدركه أحد كان بعده إلا من عمل أفضل من عمله [أخرجه النسائي في عمل اليوم والليلة (576, 577) وابن السني في عمل اليوم والليلة (73) وحسنه الألباني (الصحيحة 2762)]ـ
Dari Abdullah bin Amr bin Ash, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa membaca dalam sehari 200 kali (100 kali ketika pagi dan 100 kali ketika petang) -zikir ini-, maka tiada orang dari generasi sebelumnya yang bisa mengunggulinya, dan tiada orang dari generasi setelahnya yang bisa menyusulnya, kecuali mereka yang beramal melebihinya”. (Nasa’i dan Ibnus Sunni dalam Kitab Amalul Yaumi wal Lailah, di-hasan-kan oleh Albani)
Tiada sembahan melainkan Allah semata, tiada sekutu bagiNya, semua kerajaan dan segala puji hanya milikNya, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu. (100 kali) عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده, أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير مائة مرة قبل طلوع الشمس وقبل غروبها لم يجىء يوم القيامة أحد بعمل أفضل من عمله إلا من قال مثل قوله أو زاد عليه [رواه النسائي في الكبرى (10327) وحسنه الألباني (صحيح الترغيب 658)]ـ
Dari Abdullah bin Amr bin Ash, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa membaca -zikir ini- 100 kali sebelum terbit dan terbenamnya matahari, maka pada hari kiamat nanti tiada orang yang amalannya lebih utama darinya, kecuali orang yang amalannya sama atau melebihinya. (Nasa’i dalam Kitab Sunan Kubra, dan di-hasan-kan oleh Albani)
14 سُبْحاَنَ الله (100) الْحَمْدُ لِلّه (100) الله ُ أَكْـبَر (100)ـ عن عمرو بن شعيب رضي الله عنه عن أبيه عن جده، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من قال سبحان الله مائة مرة قبل طلوع الشمس وقبل غروبها كان أفضل من مائة بدنة. ومن قال الحمد لله مائة مرة قبل طلوع الشمس وقبل غروبها كان أفضل من مائة فرس يحمل عليها في سبيل الله. ومن قال الله أكبر مائة مرة قبل طلوع الشمس وقبل غروبها كان أفضل من عتق مائة رقبة. [رواه النسائي في الكبرى (10327) وحسنه الألباني (صحيح الترغيب 658)]ـ
Subanallah (maha suci Allah)… Alhamdulillah (segala puji bagi Allah)… Allahuakbar (maha besar Allah)… (Masing-masing 100 kali) Dari Abdullah bin Amr bin Ash, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa membaca ‘Subhanallah’ 100 kali sebelum terbit dan terbenamnya matahari, maka itu lebih utama dari (pahala sedekah) 100 unta. Barangsiapa membaca ‘Alhamdulillah’ 100 kali sebelum terbit dan terbenamnya matahari, maka itu lebih utama dari (pahala sedekah) 100 kuda yang dipersiapkan untuk jihad fisabilillah. Dan barangsiapa membaca‘Allahu Akbar’ 100 kali sebelum terbit dan terbenamnya matahari, maka itu lebih utama dari (pahala) memerdekakan 100 hamba”. (Nasa’i dalam Kitab Sunan Kubra, dan di-hasan-kan oleh Albani)

TAMBAHAN: ZIKIR YANG DIBACA PADA WAKTU PAGI

No. Lafaz Zikir yang Dibaca Dalil/ Hadis Fadilatnya
1 أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذا الْيَوْمِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذا الْيَوْمِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكَسَلِ وَسُوءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ(1)ـ عن عبد الله بن مسعود قال: كان نبي الله صلى الله عليه وسلم إذا أمسى قال: أمسينا وأمسى الملك لله والحمد لله لا إله إلا الله وحده لا شريك له قال أراه قال فيهن له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير رب أسألك خير ما في هذه الليلة وخير ما بعدها وأعوذ بك من شر ما في هذه الليلة وشر ما بعدها رب أعوذ بك من الكسل وسوء الكبر رب أعوذ بك من عذاب في النار وعذاب في القبر وإذا أصبح قال ذلك أيضا أصبحنا وأصبح الملك لله [رواه مسلم (2723)]ـ
Kami dan seluruh kerajaan memasuki waktu pagi kerana Allah. Segala puji bagi Allah. Tiada sembahan melainkan Allah semata, tiada sekutu bagiNya, semua kerajaan hanya milikNya dan segala pujian hanya untukNya, Dia maha berkuasa atas segala sesuatu. Wahai Tuhanku, aku memohon kebaikan yang ada di hari ini dan setelahnya, aku memohon perlindungan dari keburukan yang ada di hari ini dan setelahnya. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari kemalasan dan buruknya hari tua. Wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu dari azab neraka dan azab kubur. Ibnu Mas’ud mengatakan: Dahulu Nabi sallallahu alaihi wasallam ketika pagi membaca -zikir ini-. (Riwayat Muslim)
2 اللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوتُ، وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ (1)ـ عن أبي هريرة قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلم أصحابه يقول إذا أصبح أحدكم فليقل اللهم بك أصبحنا وبك أمسينا وبك نحيا وبك نموت وإليك النشور وإذا أمسى فليقل اللهم بك أمسينا وبك أصبحنا وبك نحيا وبك نموت وإليك المصير [رواه البخاري في أدب المفرد (1199) وصححه الألباني]ـ
Ya Allah denganMu kami memasuki waktu pagi dan denganMu kami memasuki waktu petang, denganMu kami hidup dan denganMu kami mati, serta kepadaMu kebangkitan. Abu Hurairah mengatakan: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mengajarkan kepada para sahabatnya, Baginda bersabda: “Jika masuk waktu pagi, bacalah -zikir ini-!”
3 اللَّهُمَّ إِنِّي أَصْبَحْتُ، أُشْهِدُكَ، وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ وَمَلَائِكَتَكَ وَجَمِيعَ خَلْقِكَ، أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ (4)ـ عن أنس بن مالك أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال من قال حين يصبح أو يمسي اللهم إني أصبحت أشهدك وأشهد حملة عرشك وملائكتك وجميع خلقك أنك أنت الله لا إله إلا أنت وأن محمدا عبدك ورسولك أعتق الله ربعه من النار فمن قالها مرتين أعتق الله نصفه ومن قالها ثلاثا أعتق الله ثلاثة أرباعه فإن قالها أربعا أعتقه الله من النار [رواه أبو داود (5069) واللفظ له, وابن السني (عمل اليوم والليلة ص 36, رقم حديث 70) وغيره, وحسّنه الحافظ (نتائج الأفكار 2/375) وابن باز (تحفة الأخيار 23)]ـ
Ya Allah, sungguh aku memasuki waktu pagi, aku bersaksi kepadaMu, dan aku bersaksi kepada para malaikat pemikul ArsyMu, kepada para malaikatMu (yang lain), dan kepada seluruh makhluk ciptaanMu, bahawa sesungguhnya Engkaulah Allah, yang tiada sembahan melainkan Engkau, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan RasulMu. (4x) Dari Anas bin Malik, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa ketika pagi atau petang membaca -zikir ini- satu kali, maka Allah membebaskan 1/4 dirinya dari neraka. Barangsiapa membacanya dua kali, maka Allah membebaskan 1/2 dirinya dari neraka. Barangsiapa membacanya tiga kali, maka Allah membebaskan 3/4 dirinya dari neraka. Dan barangsiapa membacanya empat kali, maka Allah membebaskannya dari neraka. (Abu Daud, Ibnus Sunni dan lainnya, di-hasan-kan oleh Al-Hafidz Ibnu Hajar dan Ibnu Baz).
4 أَصْبَحْناَ عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ، وَعَلَى كَلِمَةِ الْإِخْلَاصِ، وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِينَا إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا مُسْلِمًا، وَمَا كَانَ مِنْ الْمُشْرِكِينَ (1)ـ عن عبد الرحمن بن أبزى، أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول إذا أصبح وإذا أمسى: أصبحنا على فطرة الإسلام وعلى كلمة الإخلاص وعلى دين نبينا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى ملة أبينا إبراهيم حنيفا مسلما وما كان من المشركين [رواه أحمد (14935، 14938) وغيره وصححه الألباني (الصحيحة 2989)]ـ
Aku memasuki waktu pagi atas fitrah Islam, dan atas kalimat ikhlas (yakni kalimat tauhid laa ilaaha illallah), dan atas ajaran Nabi kami Muhammad -sallallahu alaihi wasallam- dan atas agama bapa kami Ibrahim yang muslim (pasrah) lagi tunduk, dan tidak tergolong dari orang-orang musyrik. Abdurrahman bin Abza berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ketika pagi dan petang membaca -doa ini-. (Ahmad dan lainnya, di-sahih-kan oleh Albani)
5 سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ (3)ـ عن جويرية أن النبي صلى الله عليه وسلم خرج من عندها بكرة حين صلى الصبح وهي في مسجدها ثم رجع بعد أن أضحى وهي جالسة فقال ما زلت على الحال التي فارقتك عليها قالت نعم قال النبي صلى الله عليه وسلم لقد قلت بعدك أربع كلمات ثلاث مرات لو وزنت بما قلت منذ اليوم لوزنتهن سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته [رواه مسلم (2726)]ـ
Maha suci Allah, aku memujiNya dengan pujian sebanyak makhlukNya, sejauh kerelaanNya, seberat timbangan arsyNya dan sebanyak tinta tulisan kalimatNya. (3x) Dari Juwairiyah dia mengisahkan: Suatu hari saat Subuh tiba, dia di tempat solat dalam rumahnya dan Nabi sallallahu alaihi wasallam meninggalkannya keluar (untuk solat di masjid), kemudian Baginda kembali ketika sudah masuk waktu dhuha sedangkan dia masih tetap duduk (di tempat solat itu sambil zikir). Maka Baginda berkata: “Kamu masih seperti itu, sejak kutinggal tadi?!”. Dia mengatakan: “Ya”. Lalu Baginda berkata: “Aku akan membaca empat kalimat sebanyak tiga kali, seandainya ia ditimbang dengan zikir yang kamu ucapkan hari ini, tentu melebihi zikirmu hari ini” lalu beliau membaca -zikir ini-. (Muslim)
6 اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً, وَرِزْقاً طَيِّباً, وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً (1)ـ عن أم سلمة قالت : كان النبي صلى الله عليه و سلم يقول بعد صلاة الفجر اللهم إني أسألك رزقا طيبا وعلما نافعا وعملا متقبلا [رواه أحمد (25982، 26062، 26160، 26191)، وابن ماجه (925)، والطبراني في الأوسط (2/36, حديث رقم 735) واللفظ له, وقال الهيثمي والألباني: إسناده جيد]ـ
Ya Allah… sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima. Ummu Salamah mengatakan: “Adalah Nabi sallallahu alaihi wasallam membaca -doa ini- setelah solat fajar”. (Ahmad, Ibnu Majah dan Thabarani, Al-Haitsami dan Albani mengatakan: Sanadnya Jayyid)
7 لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (100)ـ عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير في يوم مائة مرة كانت له عدل عشر رقاب وكتبت له مائة حسنة ومحيت عنه مائة سيئة وكانت له حرزا من الشيطان يومه ذلك حتى يمسي ولم يأت أحد أفضل مما جاء به إلا أحد عمل أكثر من ذلك [رواه البخاري (3293)، ومسلم (2691)]ـ
Tiada sembahan melainkan Allah semata, tiada sekutu bagiNya, semua kerajaan dan segala puji hanya milikNya, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu. Dari Abu Hurairah, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa membaca -zikir ini- 100 kali maka baginya (pahala) memerdekakan 10 hamba, dicatat 100 kebaikan baginya, dihapus 100 keburukan darinya, zikir ini akan menjaganya dari (gangguan) syaitan pada hari itu hingga petang, dan tidak ada seorang pun yang amalannya melebihinya kecuali orang yang melakukan lebih banyak dari itu. (Bukhari dan Muslim)
8 رَضِيْتُ بِاللهِ رَباًّ، وَبِاْلإِسْلاَمِ دِيْناً، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِياًّ (1)ـ عن المنيذر صاحب رسول الله صلى الله عليه وسلم قال, سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من قال إذا أصبح رضيت بالله ربا و بالإسلام دينا و بمحمد نبيا، فأنا الزعيم لآخذن بيده حتى أدخله الجنة [أخرجه الطبراني (المعجم الكبير حديث رقم 838) وابن مندة (انظر في الإصابة لابن حجر 6/144, في ترجمة المنيذر، رقم 8247), وقال الألباني: ثبت الحديث (الصحيحة 2686)]ـ
Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai Agamaku dan Muhammad sebagai Nabiku. Dari Munaidzir -seorang sahabat-, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa saat pagi membaca -zikir ini- maka akulah penjaminnya, aku akan mengambil tangannya hingga kumasukkannya ke syurga”. (Thabarani dan Ibnu Mandah, Albani mengatakan: Hadis ini tsabit)

ZIKIR YANG DIBACA PADA WAKTU PETANG

No. Lafaz Zikir yang Dibaca Dalil/ Hadis Fadhilatnya
1 أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَاخَلَقَ (3)ـ عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال من قال حين يمسي ثلاث مرات أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضره حمة تلك الليلة [رواه أحمد (7838), والترمذي (3966) وصححه الألباني]ـ
Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk ciptaanNya. (3x) Dari Abu Hurairah, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang membaca ketika petangnya tiga kali -zikir ini-, sengatan binatang tidak akan memudaratkannya pada malam itu.” (Ahmad dan Tirmizi, di-sahih-kan oleh Albani)
2 أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهَا، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكَسَلِ وَسُوءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ عن عبد الله بن مسعود قال: كان نبي الله صلى الله عليه وسلم إذا أمسى قال: أمسينا وأمسى الملك لله والحمد لله لا إله إلا الله وحده لا شريك له قال أراه قال فيهن له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير رب أسألك خير ما في هذه الليلة وخير ما بعدها وأعوذ بك من شر ما في هذه الليلة وشر ما بعدها رب أعوذ بك من الكسل وسوء الكبر رب أعوذ بك من عذاب في النار وعذاب في القبر وإذا أصبح قال ذلك أيضا أصبحنا وأصبح الملك لله [رواه مسلم (2723)]ـ
Kami dan seluruh kerajaan memasuki waktu petang kerana Allah. Segala puji bagi Allah. Tiada sembahan melainkan Allah semata, tiada sekutu bagiNya, semua kerajaan hanya milikNya dan segala puji hanya untukNya, Dia maha berkuasa atas segala sesuatu. Wahai Tuhanku, aku memohon kebaikan yang ada di malam ini dan setelahnya, aku memohon perlindungan dari keburukan yang ada di malam ini dan setelahnya. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadamu dari kemalasan dan buruknya umur tua. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadamu dari azab neraka dan azab kubur. Ibnu Mas’ud mengatakan: Nabi sallallahu alaihi wasallam ketika petang membaca -zikir ini-. (Riwayat Muslim)
3 اللَّهُمَّ بِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوتُ، وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ (1)ـ عن أبي هريرة قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلم أصحابه يقول إذا أصبح أحدكم فليقل اللهم بك أصبحنا وبك أمسينا وبك نحيا وبك نموت وإليك النشور وإذا أمسى فليقل اللهم بك أمسينا وبك أصبحنا وبك نحيا وبك نموت وإليك المصير [رواه البخاري في أدب المفرد (1199) وصححه الألباني]ـ
Ya Allah denganMu kami berpetang dan denganMu kami berpagi, denganMu kami hidup dan denganMu kami mati, serta kepadaMu tempat kembali. Abu Hurairah mengatakan: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dahulu mengajarkan sahabatnya, Baginda mengatakan: “Jika masuk waktu petang, bacalah -zikir ini-”
4 اللَّهُمَّ إِنِّي أَمْسَيْتُ، أُشْهِدُكَ، وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ وَمَلَائِكَتَكَ وَجَمِيعَ خَلْقِكَ، أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ (4)ـ عن أنس بن مالك أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال من قال حين يصبح أو يمسي اللهم إني أصبحت أشهدك وأشهد حملة عرشك وملائكتك وجميع خلقك أنك أنت الله لا إله إلا أنت وأن محمدا عبدك ورسولك أعتق الله ربعه من النار فمن قالها مرتين أعتق الله نصفه ومن قالها ثلاثا أعتق الله ثلاثة أرباعه فإن قالها أربعا أعتقه الله من النار [رواه أبو داود (5069) واللفظ له, وابن السني (عمل اليوم والليلة ص 36, رقم حديث 70) وغيره, وحسّنه الحافظ (نتائج الأفكار 2/375) وابن باز (تحفة الأخيار 23)]ـ
Ya Allah, sungguh aku berpetang, dan aku bersaksi kepadaMu, dan aku bersaksi kepada para malaikat pemikul ArsyMu, dan para malaikatMu (yang lain), dan kepada seluruh makhluk ciptaanMu, bahawa sesungguhnya Engkaulah Allah, yang tiada sembahan melainkan Engkau, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanMu. (4x) Dari Anas bin Malik, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa ketika pagi atau petang membaca -zikir ini- satu kali, maka Allah membebaskan 1/4 dirinya dari neraka. Barangsiapa membacanya dua kali, maka Allah membebaskan 1/2 dirinya dari neraka. Barangsiapa membacanya tiga kali, maka Allah membebaskan 3/4 dirinya dari neraka. Dan barangsiapa membacanya empat kali, maka Allah membebaskannya dari neraka. (Abu Daud, Ibnus Sunni dan lainnya, di-hasan-kan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar dan Ibnu Baz).
5 أَمْسَيْنَا عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ، وَعَلَى كَلِمَةِ الْإِخْلَاصِ، وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِينَا إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا مُسْلِمًا، وَمَا كَانَ مِنْ الْمُشْرِكِينَ (1)ـ عن عبد الرحمن بن أبزى، أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول إذا أصبح وإذا أمسى: أصبحنا على فطرة الإسلام وعلى كلمة الإخلاص وعلى دين نبينا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى ملة أبينا إبراهيم حنيفا مسلما وما كان من المشركين [رواه أحمد (14935، 14938) وغيره وصححه الألباني (الصحيحة 2989)]ـ
Aku memasuki petang ini atas fitrah Islam, dan atas kalimat ikhlas (laa ilaaha illalloh), dan atas ajaran Nabi kami Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan atas agama ayah kami Ibrahim, yang muslim (pasrah) lagi selalu tunduk, dan tidak tergolong dari orang-orang musyrik. Abdurrahman bin Abza mengatakan: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ketika pagi dan petang membaca doa ini. (Ahmad dan lainnya, di-sahih-kan oleh Albani)

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Muat turun e-book zikir pagi petang & sesudah solat (PDF) untuk sebaran: Zikir Selepas Solat dan Pagi Petang