BEZA SYARAH/TA’LIQ/TAHQIQ, [GAMBAR] KISAH SYAIKH ALBANI MENTAHQIQ KITAB

Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman hafizahumullah

(Disalin dari rakaman kuliah Syarhu Al-Sunnah, 06.10.2013, Yayasan Ta’lim, minit ke 00:02:48 – 00:15:05)

بسم الله الرحمٰن الرحيم

Ada beberapa istilah atau kaedah dalam bidang penulisan Islam;

1. Tulis/ Mengarang:

Iaitu penulis sesuatu buku menulis/menyusun isi kandungan buku itu dari mula sampai habis.

2. Syarah:

Iaitu memberi penjelasan lebih lanjut kandungan sesebuah buku. Contoh kitab Syarah ialah Fathul Bari Syarah Sahih Al-Bukhari oleh Imam Ibnu Hajar Al-Atsqalani rahimahullah, Syarah Sahih Muslim oleh Imam Al-Nawawi rahimahullah.

Imam Al-Bukhari membawa hadis sahaja dalam Sahih Al-Bukhari, begitu juga Imam Muslim membawa hadis sahaja di dalam Sahih Muslim. Kemudian datang Imam Ibnu Hajar dan Imam Al-Nawawi menjelaskan dan memperincikan maksud serta faedah-faedah yang boleh diambil dari kandungan Kitab asal yang dibawa oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim.

3. Ta’liq:

Iaitu sesebuah buku atau tulisan itu diberi komentar. Ia lebih kurang seperti Syarah, cuma ia berbentuk ringkas. Kadangkala ta’liq (komentar) yang diberi cuma sebaris sahaja.

Berbeza dengan Syarah, kadangkala asal perkataan yang dibawa oleh penulis cuma sebaris, tetapi Syarahnya sampai bermuka-muka surat. Ta’liq terbalik; kadangkala penulis itu menulis bermuka-muka surat, tetapi komentar yang diberi oleh penta’liq cuma sebaris sahaja.

Misalnya penulis mendatangkan satu permasalahan, lalu penta’liq memberi komentar di bawahnya: “Dan ini adalah pendapat yang benar”, atau “Dan pendapat ini menyalahi pendapat majoriti”.

4. Tahqiq:

Ini juga satu cabang ilmu, cabang penulisan yang tidak kurang pentingnya di dalam bidang pengajian agama secara khasnya.

Tahqiq boleh diterjemahkan sebagai koreksi. Seorang Muhaqqiq (pentahqiq) bukan membuat koreksi dalam ertikata dia membuat pembetulan atas apa yang ditulis oleh pengarang. Dia tidak mengatakan ini salah atau ini betul, atau membawakan pendapat yang lain (ini boleh didapati di dalam Syarah).

Tetapi tahqiq adalah dia memastikan setiap lafaz atau perkataan yang ditulis oleh pengarang adalah memang betul-betul datang daripada pengarang, jauh daripada sebarang unsur tokok tambah.

Tokok tambah tidak berlaku di dalam hadis sahaja, adakalanya ia berlaku dalam penulisan kitab-kitab ulama. Ini kerana dalam sejarah Islam, pada zaman penulisan yang berkembang pesat beratus-ratus tahun setelah kewafatan Rasulullah, pada masa itu tidak ada sistem fotostat atau cetakan seperti pada hari ini.

Pada zaman dulu, bagaimana cara mereka menyebarkan buku? Hanya satu cara sahaja, iaitu ditulis semula. Setiap buku yang hendak dijual ada penulisnya (Kuttab). Kerja mereka menulis, inilah tukang fotostat pada masa dulu.

Seperti mana yang kita tahu, kerja manusia kadangkala ada berlaku kesilapan, ada terkurang, tertambah satu perkataan/huruf yang kadangkala boleh menukar makna, dan adakalanya tulisan penulis asal tidak jelas, tidak boleh dibaca.

Jadi tugas pentahqiq adalah membandingkan manuskrip-manuskrip lama (makhthuthat). Mungkin ada yang tidak tahu tentang adanya bidang kajian manuskrip.

Dan dikatakan kitab Syarh Al-Sunnah ini ada dalam tiga manuskrip (boleh dibaca di bahagian Muqaddimah kitab ini) disimpan di beberapa perpustakaan.

Ada manuskrip-manuskrip yang disimpan di Mekah, Madinah, Mesir, Istanbul, dan dukacitanya ada juga buku-buku (manuskrip) Islam kita disimpan di London. Ini kerana kembali kepada sejarah, umat Islam tidak mengambil peduli tentang manuskrip-manuskrip ini. Banyak sebabnya, antaranya kerana mereka telah berserah diri kepada mazhab. Apa yang ada dalam mazhab, itulah sajalah yang mereka ambil. Kitab-kitab lama (ulama-ulama salaf) tidak diambil peduli. Tetapi Allah jadikan orang-orang kafir inilah yang menjaga manuskrip, mendokumentasikan, dan simpan betul-betul manuskrip.

Kisah Syaikh Albani mentahqiq kitab-kitab lama

Termasuk di antara ulama yang telah mentahqiq adalah Syaikh Al-Albani rahimahullah. Di antara kerja dia adalah dia mentahqiq buku-buku lama. Syaikh Albani apabila dia tinggal di Syria, ada satu perpustakaan yang juga menjadi tempat simpanan manuskrip kitab-kitab Islam. Nama perpustakaan itu “Al-Maktabah Al-Zhahiriyyah” di Dimasyq.

Antara yang diceritakan, dia berkata, ‘Aku melihat cukup banyak kitab-kitab lama yang masih lagi belum melihat cahaya matahari’. Terus tersimpan di rak-rak buku.

Kita jangan terkejut banyak kitab-kitab lama yang kita lihat di perpustakaan-perpustakaan pada hari ini, kitab-kitab ini sebenarnya baru dicetak. 100-200 tahun lepas tidak ada, tidak tersebar di pasaran.

Ini di antara kelebihan zaman sekarang. Walaupun tidak dinafikan akhir zaman ini makin lama makin teruk (keadaan umat Islam), tetapi dalam keterukan itu ada terselit kebaikan. Di antaranya adalah bidang cetakan kitab-kitab agama, kitab-kitab ilmu.

Dalam perpustakaan besar biasanya ada satu seksyen khas yang dipisahkan daripada seksyen untuk bacaan awam, iaitu seksyen yang menyimpan manuskrip, buku-buku lama tulisan tangan. Bukan semua orang boleh masuk ke bahagian ini, kena dapat izin khas.

Syaikh Albani dapat masuk ke bahagian manuskrip di dalam perpustakaan Al-Zhahiriyyah ini, apabila penjaga-penjaga di situ melihat Syaikh Albani begitu tekun, bahkan dia yang sampai dulu sebelum pustakawan sampai, pustakawan dah balik dia masih ada lagi. Jadi mereka memberi kunci perpustakaan itu kepadanya dan dia boleh masuk ke satu bahagian khas tempat menyimpan manuskrip di perpustakaan itu.

Syaikh Albani rahimahullah berkata, “Adakalanya aku memanjat tangga, aku membelek-belek manuskrip, aku mendapati bahawa kadangkala dua mukasurat daripada manuskrip itu masih lagi tercantum (melekat), tidak dibuka”.

Jadi antara kerja-kerja teknikalnya ialah Syaikh Albani kena membuka perlahan-lahan mukasurat yang tercantum itu supaya tidak terkoyak.

Ini menunjukkan bahawa sejak ditulis oleh Kuttab, buku itu tidak pernah dibuka. Ia ditulis, dijual, tapi tidak dibaca, jauh sekali daripada dimanfaatkan. Ini adalah di antara sejarah penulisan kitab-kitab ilmu.

Jadi ini kerja pentahqiq. Dia akan membandingkan beberapa manuskrip. Kalau dia dapat dua manuskrip, itu sudah cukup bagus. Kadang-kadang cuma ada satu manuskrip, jadi cetakan buku itu hanya bersandarkan pada satu manuskrip itu sahaja. Kalau manuskrip itu salah, maka salahlah ribuan kitab yang dicetak bersandarkan kepada satu manuskrip itu. Yang baiknya adalah kalau ada dua atau tiga, atau lebih manuskrip dari simpanan perpustakaan-perpustakaan yang berbeza supaya dapat dibandingkan.

Kalau di antara manuskrip itu semuanya sama tidak ada masalah, tetapi jika ada perbezaan, pentahqiq akan membandingkan, meneliti dan membuat kesimpulan.

(Disalin dari rakaman kuliah Syarhu Al-Sunnah, 06.10.2013, Yayasan Ta’lim, minit ke 00:02:48 – 00:15:05)

PERKONGSIAN TAMBAHAN (admin):

Semoga ada pelajaran yang boleh diambil oleh para penuntut ilmu dari gambaran kehidupan Syaikh Al-Albani rahimahullah yang tercermin melalui gambar-gambar di bawah ini.

Rumah tempat Sy. Albani membesar

Rumah tempat Sy. Albani membesar di dalamnya

Rumah yang sama tempat beliau dibesarkan

Rumah yang sama tempat beliau dibesarkan

Gambar rumah yang sama

Gambar rumah yang sama

Kawasan tempat beliau rahimahullah tinggal

Kawasan tempat tinggal Syaikh Albani dan keluarganya selepas berhijrah dari Albania

Kawasan Syaikh Albani dan keluarganya tinggal selepas berhijrah dari Albania

Gambar yang sama

Kedai jam di mana Syaikh mula bekerja bersama bapanya seperti yang diceritakannya dalam kasetnya, dan kemudian Syaikh membuka kedainya sendiri

Kedai jam di mana Syaikh mula bekerja bersama bapanya seperti yang diceritakannya dalam kaset, dan kemudian Syaikh membuka kedainya sendiri

Kedai yang sama Syaikh bekerja bersama bapanya, lelaki dalam gambar adalah adik bongsunya

Kedai yang sama Syaikh bekerja bersama bapanya, lelaki dalam gambar adalah adik bongsunya

Lagi gambar kedai yang sama

Lagi gambar kedai yang sama

Jalan di mana terletaknya kedai Syaikh Albani sendiri

Jalan di mana terletaknya kedai Syaikh Albani sendiri

Gambar resit dari kedai jam Syaikh Albani.

Gambar resit dari kedai jam Syaikh Albani.

Sekolah pertama Syaikh Albani tetapi tidak lama kemudian bapanya mengeluarkannya dari sekolah ini untuk mengajarnya sendiri, dimulakan dengan menghafal Al-Quran di bawah bimbingan bapanya sendiri.

Madrasah Nizamiyah, sekolah pertama Syaikh Albani. Namun tidak lama kemudian bapanya mengeluarkannya dari sekolah ini untuk mengajarnya menghafal Al-Quran di bawah bimbingan bapanya sendiri.

Gambar sekolah yang sama

Gambar sekolah yang sama

Sekolah yang sama

Sekolah yang sama

Maktabah Zhahiriyah di Dimasyq, perpustakaan yang sangat Syaikh cintai dan menghabiskan banyak masa hidupnya di sini. Kadangkala Syaikh menelaah buku di atas lantai, kadangkala di bilik yang dikhususkan untuk kegunaan beliau, kadangkala berdiri, kadangkala di tangga. Menurut anaknya Abdul Latif, Syaikh sering terlupa untuk makan.

Maktabah Zhahiriyah di Dimasyq, perpustakaan yang sangat Syaikh cintai dan menghabiskan banyak masa di sini. Kadangkala Syaikh menelaah buku di atas lantai, kadangkala di bilik khas yang disediakan untuk kegunaannya sendiri, kadangkala berdiri, kadangkala di tangga-tangga. Menurut anaknya Abdul Latif, Syaikh sering terlupa untuk makan pada hari-hari itu.

Pintu masuk perpustakaan

Pintu masuk perpustakaan. Syaikh dibenarkan masuk pada bila-bila masa, siang atau malam.

Perpustakaan Al-Zhahiriyah, di mana dikhaskan untuk Syaikh kawasan khusus untuk beliau rahimahullah

Perpustakaan Al-Zhahiriyah, di mana dikhaskan untuk Syaikh bilik dan meja untuk kegunaan beliau rahimahullah mentelaah kitab-kitab

Perpustakaan Al-Zhahiriyah

Perpustakaan Al-Zhahiriyah

Halaman perpustakaan

Laman perpustakaan

Ini adalah buku Al-Tsamaru Al-Mustathaab fi Fiqhi Al-Sunnah wal-Kitaab, buku pertama Syaikh mula menyemak dan mengesahkan hadis-hadis.

Ini adalah buku Al-Tsamaru Al-Mustathab fi Fiqhi Al-Sunnah wal-Kitab, buku pertama Syaikh mula menyemak dan mengesahkan hadis-hadis.

Makhtutah (Manuskrip) kitab Al-Silsilah Al-Da'ifah, Syaikh Al-Albani

Makhtutah (Manuskrip) kitab Al-Silsilah Al-Da’ifah, Syaikh Al-Albani

Salah satu cetakan fatwa beliau

Salah satu cetakan fatwa beliau

Kulit buku beliau, Sahih Sirah Al-Nabawiyah

Kulit buku tulisan tangannya, Sahih Sirah Al-Nabawiyah

Salah satu mukasurat di dalamnya

Salah satu mukasurat di dalamnya

Kulit buku Sahih Abi Daud

Kulit buku Manuskrip Sahih Abi Daud

Satu mukasurat di dalamnya

Satu mukasurat di dalamnya

Majalah pertama yang Syaikh Albani menulis di dalamnya, diterbitkan di Dimasyq.

Majalah pertama yang Syaikh Albani menulis di dalamnya, diterbitkan di Dimasyq.

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala merahmatinya.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم