KITA TIDAK MENGAJAK KEPADA KEPARTIAN

Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman

(Disalin dari petikan rakaman Kuliah Riyadh Al-Solihin, minit 00:00:27 – 00:04:05, 26.04.2013)

kita tidak mengajak kepada kepartianSebelum kita mulakan kuliah kita pada malam ini, saya ingin meminta maaf bagi pihak surau sebab ada bendera-bendera di keliling surau. Siapa yang tak nampak Alhamdulillah, tetapi siapa yang nampak, saya minta maaf sebab bukan pihak surau yang pasang. Tetapi itulah, kita bersyukur banyak-banyak kepada Allah kerana tempoh hari mereka telah turapkan kawasan parkir surau kita, maka ini balasannya.

Walau bagaimanapun kita kata Alhamdulillah. Walaupun kita tidak bersetuju dengan bendera-bendera itu, bukan kerana apa. Kita menyokong pemerintah, kita menyebut kebaikan-kebaikan pemerintah, bahkan kita melarang sebarang usaha untuk menggugat pemerintah, tetapi pada masa yang sama kita tidak mengajak kepada kepartian.

Ini kerana kepartian-kepartian, begitu juga dengan bendera-bendera yang menjadi lambang kepada kepartian, suka atau tidak suka, ia bertentangan dengan Syariat Islam yang menyeru kepada kesatuan umat.

Jadi demokrasi itu dengan berpada-padalah. Demokrasi kerana terpaksa, tetapi jangan sampai –minta maaf- makan babi itu jangan sampai masak gulai. Jadi jangan sampai berlebih-lebih.

Saya melihat kalau sampai berkempen, sampai bersorak-sorak, memakai bendera, barangkali ada yang tidak setuju tetapi saya melihat bagi seorang salaf, seorang salaf perlu membezakan dirinya daripada orang awam. Kerana masyarakat melihat pada akhlak kita.

Jadi sebagai pendokong salaf, yang berakhlak dengan akhlak salaf, dia tidak akan menghina dirinya dengan berkecimpung di dalam perkara-perkara yang kalau terselamat daripada dosa pun ia dikategorikan sebagai lagha; berkempen, bertempik-tempik naik motor sini sana (untuk berkempen).

Walaupun secara prinsipnya kita bersetuju dengan usaha yang dilakukan secara umumnya, kerana ia semua menghala ke arah menyokong pemerintah. Tetapi kalau sampai melakukan perincian-perincian seperti itu kita berlepas diri, saya angkat tangan, saya tak join. Walaupun secara umumnya saya menyokong usaha itu.

-Tamat ulasan berkaitan masalah ini-

(Disalin dari petikan rakaman Kuliah Riyadh Al-Solihin, minit 00:00:27 – 00:04:0526.04.2013)