SOAL JAWAB: MENGHADIRI MAJLIS BIDAAH

bidaahSOALAN:

Assalamu ‘alaikum Ustaz,

Di pejabat saya akan buat majlis bacaan Yasin beramai-ramai, Tahlil dan doa selamat kemudian jamuan makan bersama-sama pada hari ini. Bolehkah kita ikut serta jika dijemput atau disuruh oleh majikan tetapi kita tidak beranggapan ianya Sunnah dan kita mengetahui ianya Bid’ah?

JAWAPAN:

Wa’alaikum salam,

Jawapannya jelas insyaAllah. Majlis seperti ini tidak diredhai Allah maka jangan kita dekatinya.

Adapun makanan yang disediakan, ia bergantung: Sekiranya ia akan menjadi hujjah ke atas kita (seperti dakwaan tahlil tak boleh tetapi makanannya boleh) maka tidak boleh menjamahnya. Sekiranya tanggapan seperti ini tidak ada maka dibolehkan menjamahnya.

Barakallahu fik.

Dijawab oleh: Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman, Kajang, 08.05.2013