Hukum menyapu atau mengelap sisa air pada anggota wudhuk

Abu Omar, Idris bin Sulaiman

wudhukSoalan: Benarkah selepas mengambil wuduk tidak boleh dilap/disapu air wudhu tersebut? kerana air wuduk yang menitik itu menghapuskan dosa-dosa kecil?

Jawapan:

Dibenarkan menyapu/mengelap anggota yang basah selepas wuduk. Ia bukan makruh apatah lagi haram. Tidak ada dalil yang melarang dalam hal ini.

Adapun peristiwa  isteri Rasulullah Maimunah menghulurkan kain sapu kepada Rasulullah sallalahu alaihi wasallam tetapi Baginda tidak mengambilnya sebaliknya Baginda sekadar menyapu saki baki air dengan tangannya (Bukhari dan Muslim); hadis ini tidak menunjukkan bahawa perbuatan menyapu air wuduk dengan kain adalah makruh. Bahakan terdapat kebarangkalian bahawa perbuatan Maimunah menghulurkan kain sapu kepada Baginda menunjukkan bahawa ia dibolehkan. Kerana jika tidak boleh, masakan dia akan berbuat begitu.

Walau bagaimanapun, apa yang dapat dikatakan adalah asal sesuatu itu adalah harus selama mana tidak ada larangan. Termasuklah dalam permasalahn ini. Maka hukum menyapu anggota wuduk selepas wuduk adalah harus.

Adapun alasan mengatakan ia adalah dilarang kerana air wuduk yang menitik itu menghapuskan dosa-dosa kecil; hal ini perlu kepada pembuktian. Sekiranya ia adalah hadis, maka hendaklah ia disabit sahih sebelum dapat diterima dan dijadikan amalan.

Walau bagaimanapun, tidak ada hadis yang sahih tentang hal ini.

Sekian.

Kajang, 05 Februari 2013