Adakah bawah dagu wanita termasuk aurat?

Ustaz Idris bin Sulaiman

aurat wanitaSoalan: Assalamualaikum warahmatullah, Adakah bawah dagu bagi perempuan termasuk bahagian aurat dan wajib ditutup ketika solat dan ketika keluar rumah atau ketika di hadapan bukan mahram? Dulu ada sahabat pernah memaklumkan kepada saya bahawa ia tidak wajib ditutup kerana termasuk dalam kaedah “umum al-balwa”. Apakah ia benar?

Jawapan:

Wa’alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh,

Aurat wanita ketika solat adalah seluruh badannya kecuali wajah dan kedua tangannya.

Had wajah secara memanjang adalah daripada tempat mula tumbuh rambut hingga ke dagu dan melebar daripada anak telinga kanan ke anak telinga kiri.

Maka bahagian bawah dagu dan bawah rahang sehingga ke leher adalah aurat yang perlu ditutup. Amalan masyarakat atau apa yang diistilahkan sebagai ‘umum al-balwa’ sama sekali tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk tidak menutup bahagian bawah dagu dan bawah rahang ketika solat atau ketika keluar rumah.

Sekian. Wafikum barak.

Kajang, 9 April 2013