Muslimah bekerja di luar rumah

Ustaz Idris bin Sulaiman
muslimahSoalan: Assalamualaikum Ustaz, Apakah hukum seorang muslimah bekerja di luar rumah di mana pekerjaannya memerlukan dia sering bercakap di telefon dengan laki-laki bukan mahram serta adakalanya dia perlu bermesyuarat atau berdiskusi bersama-sama laki-laki bukan mahram di satu tempat tanpa kehadiran mahramnya bersama. Adakah dia harus meninggalkan pekerjaannya ataupun tidak mengapa? Jazaakallaahukhairan.

Jawapan:

Wa’alaikum salam,

Jelas pekerjaan seperti itu tidak dibenarkan dalam Syarak. Kerana hal-hal yang sedemikian bercanggah dengan saranan Syarak supaya menjauhi zina dan segala jalan-jalan yang membawa kepadanya.

Bermula dengan zina mata, zina telinga, zina mulut, zina tangan, zina kaki…

Lihat bagaimana Syarak memerintahkan supaya lelaki dan wanita yang beriman menundukkan pandangan mereka dalam Surah Al-Nur, ayat 30-31. Mengapa tidak, kerana mata adalah permulaan zina itu wal iyadhubillah.

Kerana itu Al-Quran telah mengajar tatacara muamalah antara lelaki dan wanita di mana diperintahkan supaya apa jua urusan dilakukan di sebalik tabir (Al-Ahzaab, 53) dan bukan secara berdepan apatah lagi dalam keadaan tertutup dan tanpa kehadiran mahram.

Ini semua bukan untuk menyusah-nyusahkan. Sebaliknya untuk menjaga kesucian hati serta harga diri orang-orang yang beriman. Jauh sekali daripada noda-noda maksiat dan zina.

Persoalan yang lebih penting harus ditanya; adakah wanita disarankan bekerja di luar rumah? Walaupun dalam keadaan selamat daripada lelaki-lelaki bukan mahram? Lihat jawapannya dalam firmanNya di Surah Al-Ahzaab, ayat 33.

Barakallahu fikum.

Kajang, 26 Disember 2012